Che Guevara.
Ernesto Guevara de la
Serna (14 Jun 1928 - 9 Oktober 1967), dikenali sebagai Che Guevara atau el Che,
ialah doktor Argentina, serta juga ahli politik, penyokong Marxisme, ketua
pergerakan, dan gerila sosialisme di Cuba serta juga di negara-negara lain,
termasuklah Congo. Sebagai seorang pemuda yang sedang belajar perubatan,
pengembaraan Guevara ke seluruh Amerika Latin menolong beliau memahami secara
langsung kemiskinan yang melanda kebanyakan rakyat. Menerusi pengalaman ini,
beliau menjadi semakin yakin bahawa hanya pemberontakan dapat menjadi penawar
kepada ketidakseimbangan ekonomi di kawasan-kawasan yang berkenaan dan oleh
itu, membawa beliau untuk mempelajari Marxisme dan terlibat dalam revolusi
sosial Guatemala di bawah Presiden Jacobo Arbenz Guzmán.
Tidak lama kemudian,
Guevara menjadi ahli separa tentera Fidel Castro yang merampas kuasa di Cuba
pada tahun 1959. Selepas memegang pelbagai jawatan kementerian yang penting
dalam kerajaan baru, termasuklah sebagai ketua penjara politik Castro, dan
selepas menulis beberapa rencana dan buku mengenai teori dan amalan perang
gerila, Guevara meninggalkan Cuba pada tahun 1965. Beliau berhasrat
membangkitkan revolusi di Congo-Kinshasa (kemudian dinamai Republik Demokratik
Congo) dan kemudian di Bolivia. Di Bolivia, beliau ditangkap dalam satu operasi
ketenteraan terancang Agensi Perisikan Pusat (CIA). Guevara dihukum mati terus
oleh Tentera Bolivia di La Higuera berhampiran Vallegrande pada 9 Oktober 1967
ketika berumur 39 tahun.
Selepas kematiannya,
Guevara menjadi ikon pergerakan pemberontakan sosialis di seluruh dunia.
Gambarnya telah disebar luas. Kolej Seni Institut Maryland menggelar gambar ini
sebagai "gambar foto termasyhur di dunia dan simbol abad ke-20".
KEHIDUPAN AWAL CHE.
Ernesto Guevara de la
Serna yang dilahirkan di Rosario, Argentina, beliau merupakan anak sulung di antara
lima adik-beradik di dalam sebuah keluarga berketurunan campuran Sepanyol,
Basque, dan Ireland. Tarikh lahirnya direkodkan dalam sijil kelahiran sebagai
14 Jun 1928, walaupun sesetengah sumber menyatakan bahawa beliau sebenarnya
lahir pada 14 Mei tahun tersebut.
Salah satu moyang
Guevara, Patrick Lynch, dilahirkan di Galway, Ireland pada tahun 1715, dan
kemudian berpindah ke Bilbao, Sepanyol dan dari situ, menjelajah ke Argentina.
Francisco Lynch (moyang Guevara) dilahirkan pada tahun 1817, dan Ana Lynch
(neneknya) pada tahun 1861. Anaknya, Ernesto Guevara Lynch (bapa Guevara) pula
dilahirkan pada tahun 1900. Guevara Lynch mengahwini Celia de la Serna y Llosa
pada tahun 1927, dan mereka mempunyai tiga orang anak lelaki dan dua anak
perempuan.
Berasal daripada
sebuah keluarga kelas atas yang cenderung berhaluan kiri, Guevara telah
dibimbing supaya mempunyai personaliti yang dinamik serta perspektif yang
radikal sejak dari kecil lagi. Walaupun menghidapi penyakit lelah yang
menjejaskan kehidupannya, beliau telah berjaya sebagai seorang olahragawan.
Guevara juga pernah menjadi pemain ragbi di sebalik kecacatannya dan mendapat
gelaran "Fuser" singkatan untuk gabungan kata, "El
Furibundo" (bahasa Inggeris: raging) dan "Serna", nama keluarga
ibunya kerana gaya bermainnya yang agresif.
Guevara belajar
permainan catur daripada bapanya dan mula melibatkan diri dalam
pertandingan-pertandingan tempatan sejak berumur 12 tahun. Semasa
keremajaannya, beliau minat akan puisi, terutamanya oleh Pablo Neruda. Guevara,
sebagaimana yang biasa dilakukan oleh orang Amerika Latin dalam golongannya,
turut menulis puisi pada sepanjang hayatnya. Beliau sangat gemar membaca,
dengan minat yang berbeza-beza antara pengembaraan klasik oleh Jack London dan
Jules Verne sehingga rencana-rencana mengenai keseksualan oleh Sigmund Freud
serta falsafah masyarakat oleh Bertrand Russell. Pada akhir keremajaannya,
Guevara membentuk minat mendalam dalam seni foto dan menghabiskan banyak masa
untuk mengambil gambar orang, tempat, dan semasa pengembaraannya yang kemudian,
tapak arkeologi.
Pada tahun 1948,
Guevara menyertai Universiti Buenos Aires untuk mempelajari bidang perubatan
dan selepas beberapa gangguan, menghabiskan pembelajarannya pada bulan Mac
1953. Walaupun demikian, beliau tidak menjalankan latihan klinikalnya yang
diperlukan untuk menjalankan praktik kedoktoran. Oleh itu, beliau merupakan
seorang "médico" yang bukannya "doctor en medicina."
Sebagai pelajar,
Guevara menghabiskan banyak masa untuk mengembara mengelilingi Amerika Latin.
Pada tahun 1951, Alberto Granado, rakannya yang seorang ahli biokimia,
mencadangkan agar Guevara bercuti setahun daripada kursus perubatannya supaya
mengembara di Amerika Selatan, sebagaimana yang telah dibincangkan selama
bertahun-tahun. Guevara dan Granado yang berusia 29 tahun ketika itu berlepas
dari bandar asal mereka di Alta Gracia dengan menunggang motosikal Norton 500
cc 1939 yang dinamai mereka sebagai La Poderosa II (bahasa Inggeris: "the
Mighty One, the Second"). Mereka merancang untuk menghabiskan beberapa
minggu membuat kerja sukarela di perkampungan pesakit kusta San Pablo di Peru
yang terletak di kawasan pinggir Sungai Amazon. Guevara mengisahkan pengembaraannya
dalam karya “Diari-diari Motosikal” yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris pada tahun 1996 dan dijadikan sebuah filem dengan nama yang sama pada
tahun 2004.
Menyaksikan
kemiskinan, penindasan dan ketiadaan hak mengundi di seluruh Amerika Latin
serta dipengaruhi oleh buku-buku Marxisme, Guevara memutuskan bahawa
satu-satunya cara untuk mengatasi ketidaksamaan wilayah itu ialah melalui
pemberontakan bersenjata. Perjalanan dan pembacaannya telah menyebabkan Guevara
berpendirian bahawa Amerika Latin bukannya sekumpulan negara yang berasingan
tetapi sebuah entiti tunggal yang memerlukan suatu strategi kebenuaan untuk
pembebasannya. Tanggapannya terhadap sebuah Ibero-Amerika bersatu tanpa
sempadan yang berkongsi kebudayaan 'mestizo' merupakan suatu tema berulangan
yang ketara pada tempoh-tempoh kegiatan pemberontakannya yang kemudian. Sebaik
sahaja Guevara pulang ke Argentina, beliau mempercepatkan penyiapan kursus
perubatannya supaya dapat menyambung semula perjalanannya di Amerika Selatan dan
Amerika Tengah. Beliau menerima diplomanya pada 12 Jun 1953.
PERMULAAN PERJUANGAN.
Selepas tamat belajar
dari sekolah perubatan Universiti Buenos Aires pada tahun 1953, Guevara
mengembara melalui Bolivia, Peru, Ecuador, Panama, Costa Rica, Nicaragua,
Honduras, dan El Salvador, sebelum akhirnya sampai ke Guatemala di mana
Presiden Jacobo Arbenz Guzmán memimpin kerajaan populis yang, melalui pelbagai
pembaharuan, terutamanya pembaharuan tanah, cuba mengembalikan revolusi sosial.
Ketika masa ini Guevara mendapat nama gelarannya, "Che", disebabkan
sering menggunakan kata Argentina Che (disebut /tʃe/), digunakan sama seperti
"hey", "kawan" atau "sahabat" dan digunakan
secara basahan dipelbagai negara penutur Inggeris. Uruguay, Paraguay, dan
Argentina adalah negara yang menggunakan perkataan ini, menjadikannya tanda
niaga kawasan Rioplatense.
Merujuk kepada Jon
Anderson, orang penghubung utama di Guatemala adalah seorang sosialis Hilda
Gadea, yang telah mengenalkan Guevara kepada orang kabinet peringkat tertinggi
dalam kerajaan Arbenz. Hilda merupakan seorang ahli Persekutuan Revolusi
Amerika Popular atau (American Popular Revolutionary Alliance) (APRA), sebuah
pergerakan politik yang diketuai oleh Víctor Raúl Haya de la Torre. Beliau juga
telah membuat hubungan dengan orang buangan Cuba yang ada pertalian dengan
Castro, termasuklah Antonio "Ñico" López, yang dikaitkan dengan
serangan ke atas berek "Carlos Manuel de Céspedes" di Bayamo dalam
provinsi Oriente, Cuba dan orang yang mungkin mati di jambatan Ojo del Toro seketika
lepas Granma mendarat di Cuba. Guevara menggabungkan "moncadistas"
dalam penjualan barangan agama yang berkaitan dengan Black Christ, dan beliau
juga telah menolong dua orang pakar malaria Venezuela. Keadaan ekonomi adalah
merumitkan, dan beliau telah menggadaikan barang kemas Hilda. Kemudian, pada 15
Mei, 1954, satu barangan infantri Skoda berkualiti tinggi dan senjata artileri
ringan telah dihantar daripada negara komunis Czechoslovakia untuk kerajaan
Arbenz telah tiba di atas kapal Sweden Alfhem. Bilangan senjata yang
dianggarkan sampai adalah kira-kira 2000 ton oleh CIA dan cukup mencurigakan 2
tan oleh Jon Lee Anderson. “(Anderson's tonnage estimate is thought to be a
typo due to how few scholarly sources support it.) Guevara briefly left
Guatemala for El Salvador to pick up a new visa, then returned to Guatemala.
Meanwhile, the CIA-sponsored coup attempt led by Carlos Castillo Armas had
begun.[11] The anti-Arbenz forces were unable to stop the trans-shipment of the
Czech weapons by train; however, after recovering energy, and apparently with
the help of air support, they started to gain ground” (Holland, 2005).
Guevara menyertai
sepasukan tentera awam bersenjata yang dikendalikan oleh Belia Komunis untuk
beberapa hari, tetapi kemudian kembali kepada tugas-tugas perubatannya. Selepas
rampasan kuasa, Guevara bersukarela untuk bertempur, akan tetapi Arbenz
menyuruh semua penyokong asing supaya meninggalkan negara itu. Selepas Gadea
ditangkap, beliau melindungi diri di konsulat Argentina dan kemudian berpindah
ke Mexico.
Penggulingan kerajaan
Arbenz oleh sebuah rampasan kuasa yang dibantu oleh Agensi Perisikan Pusat
mengukuhkan pandangan Guevara bahawa Amerika Syarikat merupakan sebuah kuasa
imperialis yang secara tekal akan menentang sebarang kerajaan yang mencuba
menangani ketaksamaan sosioekonomi yang endemik di negara-negara Amerika Latin
serta negara-negara membangun yang lain. Ini mengukuhkan lagi keyakinannya
bahawa sosialisme melalui perjuangan bersenjata yang dipertahankan oleh para
penduduk bersenjata merupakan satu-satunya cara untuk membaiki masalah-masalah
tersebut.
Hasta la victoria siempre!
Patria o muerte!
*sumber wikipedia.
|