 |
ketika ini berusia 21 tahun.
|
Selawat dan salam kepada junjungan besar baginda SAW. Ahli
keluarga baginda yang dirahmati dan diberkati. Golongan ahlul bait yang masih
lagi hidup pada hari untuk meneruskan penyebaran agama Islam mulia dan suci
ini. Para tabi’ tabi’in. Para pendakwah serta penyebar agama Islam yang
istiqamah dalam perjuangan kalian. Kepada sekalian guru yang pernah mengajarku,
semoga ilmu yang diberikan sentiasa diamalkan. Seterusnya ibu bapaku yang
mengasuhku, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Sahabat-sahabat yang
mengenali diri ini atau tidak, semoga ikatan persahabatan itu kekal hingga ke
akhirnya dan merupakan ikatan yang dirahmati dan diberkati Allah SWT.
Diberi nama Faridd Mirzan Bin Norizainan. Dilahirkan pada 1
januari 1993 bersamaan dengan 7 rejab 1413 Hijriah iaitu pada jam 11.45 malam
di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor. Merupakan putera pertama
daripada dua beradik. Adikku merupakan seorang puteri yang dilahirkan pada 5
september 1997 dan dinamakan Farhah Faqihah Binti Norizainan.
Siapalah diri ini tanpa tangan yang mengasuhku sejak kecil
hingga dapat mengenal sedikit sebanyak tentang kehidupan pada hari ini. Kasih
dan sayang tidak terhingga serta ribuan terima kasih yang tidak terucap kerana
sudi mengasuh serta mencurahkan tenaga demi anakmu yang sangat menyayangi
kalian berdua. Ayahku Norizainan Bin Johari dan ibuku yang lebih mesra dengan
panggilan manjaku mama, Zaharah Binti Marjuki. Kepada Allah ku panjatkan
kesyukuran kerna dikurniakan ibu bapa seperti kalian.
Aku bukanlah sesiapa mahupun sesiapa. Aku hanyalah aku yang
terus mengembara di bumi Allah SWT ini. Perjalanan ini tidak akan terhenti
meskipun suatu hari nanti kudratku tidak seperti hari ini. Ilmu itu suatu
kewajipan. Kewajipan menuntut ilmu bermula sejakku berumur lima tahun apabila
ibubapa menempatkanku di pra tadika Al Tijarah dan tadika enam tahun di tempat
yang sama. Pengajian diteruskan ke Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda Musa,
Kampung Baru ketika mencecah umur tujuh tahun sehinggalah umur dua belas tahun.
Maka, dengan itu aku mula merangkak keluar dari kepompong rutinku untuk mencari
apa yang dinamakan ilmu. Pengembaraanku bermula apabila waktu dan ketikanya aku
melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur di
Bandar Menjalara,Kepong.
Alhamdulillah, di sini aku ditempatkan di asrama dan
sekaligus mengajar aku erti berdikari serta kehidupan bermasyarakat, bersahabat
serta hormat-menghormati. Di saat ini, ilmu keagamaan terpahat dijiwa. Apa itu
Islam? Apa itu bahasa arab? Apa itu Syariah? Ya Allah sungguh besar nikmat yang
engkau kurniakan kepada hambamu yang hina ni. Betapa bersyukurnya aku apabila
dapat mengenal agamaku sendiri. Sesungguhnya aku sangat bersyukur atas nikmatmu
yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam. Ketika ini juga permasalahan antara
mazhab serta pendapat antara imam dapatku telaah dengan baik.
Dari Kepong, aku ke utara menyambung pengajian dalam bidang
perakaunan di Kolej Matrikulasi Perlis. Perlis bagiku merupakan sebuah kawasan
serta persekitaran yang baru dari segi makanannya, budayanya serta yang ketara
adalah loghatnya. Di situ, aku dapat berkenalan dengan rakan dari pelbagai
negeri. Dan teman sebilikku semuanya adalah dari Kelantan. Secara tidak
langsung, terlatihlah lidahku dengan dialek-dialek pantai timur. Terima kasihku
ucapkan kepada sahabat sebilikku iaitu Mat, Din dan Man. Walaupun pertama
kalinya agak kekok, lama-kelamaan aku dapat memahaminya dengan baik.
Setelah itu, aku melanjutkan pengajianku ke Universiti Utara
Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan kepujian
selama empat tahun. Di sini, aku cuba mengambil sebanyak mungkin ilmu yang
diberikan. Muamalat bagiku merupakan sesuatu yang agak besar kerana hampir
setiap daripada perbuatan kita adalah berdasarkan muamalat iaitu perhubungan
kita dengan orang lain. Oleh itu, sebagai seorang muslim aku ingin mendalami
bidang ini dengan sebaiknya. Semoga suatu hari nanti dapat ku lanjutkan di
bidang sarjana serta doktor falsafah. Semoga doa kalian sentiasa mengiringiku
ke akhir hayat.
Jazakallahu khairan kathira….