Pada malam jumaat
bersamaan 18 september 2014 telah berlangsungnya Malam Mahabbah Rasulullah s.a.w di stadium
Universiti Utara Malaysia, sintok, Kedah. Majlis tersebut diserikan dengan
qasidah-qasidah yang memuji baginda Rasulullah s.a.w. Persembahan qasidah
tersebut di persembahkan oleh kumpulan pelajar Darul Hadis dan kumpulan Syamsul
Haq.
Acara bermula selepas
Isyak, dimulakan dengan persembahan qasidah serta di selingkan dengan tausiyah
yang disampaikan oleh ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari dan ustaz Ahmad Shadan
Al-Hadrami, di mana kedua-duanya adalah pengajar di Darul Muhibbin.
Majlis sebegini
adalah sangat baik dan seharusnya kita umat baginda Rasulullah s.a.w
menghadirinya dan senantiasa berselawat keatasnya. Insyaallah, seperti nasihat
yang disampaikan oleh ustaz Iqbal bahawa sesiapa yang berselawat ke atas
baginda, baginda Rasulullah s.a.w turut merindui kita. Insyaallah.
“orang bakhil ialah mereka yang
apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”
HR: Tirmizi
Bersama salah seorang ahli Syamsul Haq.
