Thursday, 25 December 2014

Exammm

Hohoho
Rasanya dah lama gak x post
Al maklumlah busy ngan exam
Xpe2
T lepas exam kite tulis byk2 lg..haha
Mohon maafnya andai banyak salah
Wish me luck :D

Wednesday, 17 December 2014

Padang besar@padang besaq

Semalam bersamaan 16/12 aku dengan rakan-rakan p padang besaq..rasanya da 2 semester aku x jejak tempat ni.
Maklumlah, kesibukan melanda diri ni..untuk pengetahuan korang, barang dekat sini boleh didapatkan dengan jarga yang murah..selain itu,proses tawar menawar juga menjadi senjata utama pembeli ketika membeli.
Suka untuk aku ceritakan yang padang besar ni terkenal dengan penjualan jersi..korang pilih je kelab dengan negara apa..semuanya ada..kualiti boleh tahan..dari AAA smpailah ke player..harga pula dalam lingkungan RM27 hingga RM45..memang berbaloi
So,tunggu apa lagi..ajak family mai sini :)

P/s: tgh jalan terjumpa van mpm..hoho

Tuesday, 16 December 2014

Dinner COB

Alhamdulillah..selesai sudah majlis dinner COB bg menghargai kelab-kelab yang bernaung di bawahnya.
Walaupun,kelab muamalat tidak meraih sebarang anugerah..namun kami tetap berasa bertuah atas layanan yang diberikan..TERBAIK!!!!
Haha
Semoga seluruh kepimpinan baru dapat meneruskan kesinambungan yang sedia ada dan terus memacu kearah yang lebih cemerlang :)

Kenapa ni...

Kenapa dengan aku hari ni..rasa macam xde mood
Tahla..huhu
Rase xde mood..ya Allah kenapa ni
Tenangkanlah jiwaku ya Allah
Ampunkanlah dosaku ya rabb
Pertemukanlah aku dengan ketenangan abadi.....

Sunday, 14 December 2014

Ahlan wasahlan ya sayidi sheikh maulana hisham al kabbani

Baru sebentar td dapat tau dari aizudin yang sheikh maulana hisham al kabbani nk datang malaysia..semalam sheikh dengan rombongannya berada di singapura tp x tau pulak yang beliau nak ke malaysia
Allah permudahkan lah ku
Rindu hatiku ingin bertemunya
Andai ini jodoh ku untuk bertemu dengannya..permudahkanlah
Ya sheikh sayyidi..semoga Allah memuliakanmu....

Midterm wooo

Esok ada midterm ekonomi islam..ade 5 bab yg masuk.
Kene study sebab ni la bekalan tok aku bwk ke final..hari ni dpt markah midterm sirah.
Sooo sad.
While the others get high marks..i only get pass..maybe Allah test me because i don't make any revision before the test..
Chill faridd..there still have time
Allah with you
You'll never walk alone (sorry..not liverpool fan)
Insyaallah i will do my best after this :)

P/s: get ready for tomorrow test..feel scared..hoho

Last kuliah :D

Tgok tajuk tu...wee
Hari ni last kuliah sirah..lepas ni da start minggu exam..tq to my beloved lecturer Dr Fousy (xda gambaq)
He was from nigeria..last sem,he teach me rules & regulation in islamic banking..this sem,he teach me sirah..tq very much for your knowledge sharing..hope one day i will become your student again in another subject ;)

P/s: tgh siap2 g klas..kalut baq hanggg

Serban itu sunnah :)

Salam..kat sini aku nak cite sikit salah satu sunnah yg nabi tinggalkan ialah memakai serban..pada aku,pakai serban ni nampak kemas dan yg pentingnya ikut sunnah..kat dunia ni,ada mcm2 cara pakai serban..ada serban habib style,sufi style dan mcm2 la
Saiz panjang serban pon ada pelbagai..dari yg pendek smpai la sepanjang panjang kiraan..
Rasulullah x tggalkan kita dgn harta tp baginda tggalkan kita dgn dua benda yg berharga iaitu Al-Quran & As-Sunnah
Wallahualam..

P/s: kat sini aku nk try style naqshabandi haqqani tp mcm x jd jekkk..huhu

Saturday, 13 December 2014

Sunset in uum

Pemandangan petang kat uum dari library  sultanah bahiyah..cantik
Subhanallah :)

Ejat

Aku x tau nk tulis pasai pa..tp tringin nk tulis..hmm
So,aku tulis sal member aku sorg ni
His name jafni aizat bin eman but we call him as ejat
Abg sado tuu..jgn men2
Hahaha
Asal pahang
Budak area triang
Member aku sejak dari sem 1 lg
Wish u luck bro!

P/s: kami dok ligan study for final (kononnye..haha)

Study woiiii

Exam lagi seminggu..hari ni baru sedar yg diri ni student..hoho
Ampunkan dosa faridd ma ayah @_@

Capati changlun

Kalau nak tahu kat changlun ni ada capati..haaa..rare kan..lokasinya di medan selera dekat pasar changlun..sedap dan boleh tahan..hanya berbekalkan rm 80 sen,anda boleh mendapatkan sekeping capati yg begitu lembut...yg penting buatan orang melayu..haha

P/s: aku dan rakan-rakan.aku sorang tibai  3 keping :p

Wake up!!!!

WAKE UP BRO!!!!!!
Hohoho..sedaq x sedaq ada lg seminggu for final exam..aku masih dok ngelamun (awat loghat utagha tetiba..haha)
Sem lepas dekan..sem ni x tau ag..hopefully this sem i can continued my dean list in this lazy situation..hahaha

"Nobody success until he get what he want"

P/s: my lovely pillow

Friday, 12 December 2014

Buku matluthfi

Dah lama rasanya x post something kat blog ni,habuk dah.
Fuhhhhhh...
Tonight don't have anything to do..bosan weyyy
Tapi dalam kebosanan tu baru teringat hari tu ade beli buku yang bertajuk catatan matluthfi..aku beli kat member..his name judin..only rm25
Hope it would be interesting :)
K lah..nak bace lu ;)

Friday, 19 September 2014

Selawat Perdana UUM


Pada malam jumaat bersamaan 18 september 2014 telah berlangsungnya  Malam Mahabbah Rasulullah s.a.w di stadium Universiti Utara Malaysia, sintok, Kedah. Majlis tersebut diserikan dengan qasidah-qasidah yang memuji baginda Rasulullah s.a.w. Persembahan qasidah tersebut di persembahkan oleh kumpulan pelajar Darul Hadis dan kumpulan Syamsul Haq.

Acara bermula selepas Isyak, dimulakan dengan persembahan qasidah serta di selingkan dengan tausiyah yang disampaikan oleh ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari dan ustaz Ahmad Shadan Al-Hadrami, di mana kedua-duanya adalah pengajar di Darul Muhibbin.

Majlis sebegini adalah sangat baik dan seharusnya kita umat baginda Rasulullah s.a.w menghadirinya dan senantiasa berselawat keatasnya. Insyaallah, seperti nasihat yang disampaikan oleh ustaz Iqbal bahawa sesiapa yang berselawat ke atas baginda, baginda Rasulullah s.a.w turut merindui kita. Insyaallah.


“orang bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”
                                                                                                                                  
   HR: Tirmizi



Bersama salah seorang ahli Syamsul Haq.

                                                                                                  

Tuesday, 19 August 2014

Lir-ilir


lir-ilir’ lir-ilir,
Tandure wis sumilir,
Tak ijo royo-royo,
Tak sengguh temanten anyar,

Cah angon-cah angon,
Penekno blimbing kuwi,
Lunyu-lunyu penekno,
Kanggo mbasuh dodotiro,

Dodotiro-dodotiro,
Kumitir bedah ing pinggir,
Dondomono jlumatono,
Kanggo sebo mengko sore,

Mumpung padang rembulane,
Mumpung jembar kalangane,

Yo surako……
Surak hiyooo…

Maksud:
Bangkitlah dari tidurmu, bangkitlah dari tidurmu
Tanamannya telah bersemi
Serba hijau yang menyejukkan dan mendamaikan
Indah bagaikan melihat kepada pasangan pengantin baru

Wahai anak gembala, wahai anak gembala
Panjatlah pokok belimbing itu
Biarpun licin, tetaplah memanjatnya
Untuk membasuh pakaianmu

Pakaian mu itu, pakaian mu itu
Telah rosak dan robek ditepinya
Jahitlah perbaikilah
Untuk bekalan petang nanti

Selagi bulan purnama masih terang
Selagi masih berkelapangan waktu
Marilah bersorak sorak hiyo (Berserahlah dengan rasa gembira dan bersyukur)

Karya asal: Sunan kalijaga
Sumber : Qasidah Cinta Rasul

                Qasidah-Qasidah Pilihan Vol. 10


Wednesday, 16 July 2014

Pray4gaza

Hatiku terpanggil untuk menyatakan rasa yang meronta-ronta. Duhai Palestin, nasibmu tetap diratapi. Namun, apalah daya bagi insan yang kerdil ini untuk berjuang bersamamu melainkan doa yang ku titipkan. Pabila berbicara mengenaimu, tiada apa yang dapat ku pikirkan melainkan nasib rakyatmu yang terus menderita meskipun syahid itulah yang terus diburu oleh pejuang-pejuangmu yang terus menerus menghidu keharuman jannatul firdaus itu. Baru-baru ini dunia digemparkan dengan serangan bertalu-talu dari pihak rejim zionis laknatullah ketika mana keindahan serta kemuliaan Ramadhan itu sendiri dicabuli dengan rakusnya sehingga mengorbankan ramai penduduk palestin itu sendiri. Saban kali Ramadhan tiba, inilah antara kekejaman yang sering dilakukan oleh Israel laknatullah.

Di sebalik serangan tersebut, aku tertarik dengan tindak balas roket pejuang briged Al Qassam yang ternyata memberi impak kepada Israel. Kebanyakan daripada roket tersebut telah meletus di Tel Aviv dan tidak semena-menanya siren kecemasan pihak Israel berbunyi. Sungguhpun begitu, keupayaan roket J80 yang aku maksudkan ialah kehebatannya mengelak sistem pertahanan Israel iaitu Iron Dome. Untuk pengetahuan pembaca semua, Iron Dome merupakan sebuah sistem yang digunakan bagi memintas roket-roket yang datang ke Israel hasil daripada serangan pihak Palestin. Tapi apalah kehebatan manusia kalau di bandingkan dengan pejuangan yang di tolong Allah SWT dalam menegakkan syiarnya.
Percayalah saudara mahupun saudari sekalian, doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.


"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi".
(HR Hakim)


Sebagai seorang yang mengucapkan kalimah syahadah pastinya tidak melupakan saudara seislamnya meskipun bukan di tanah airnya sendiri. Oleh itu, utuskanlah doamu kerana Allah SWT itu maha mendengar rintihan hambanya. Mungkin ini adalah ujian dari Nya untuk melihat sejauh mana kecaknaan hambanya terhadap saudara seislamnya. Tidak perlulah kita mengharapkan bantuan bangsawan-bangsawan mahupun pemerintah dari negara Arab itu sendiri. Mata mereka hanya dikaburi harta mahupun wang berbilion yang melimpah ruah.

Percayalah bahawa Islam itu pasti bangkit!!





#0010

#140714

Friday, 11 July 2014

luahan hati....


Keheningan malam yang ditemani suria cinta. Mata yang masih belum layu untuk dibuai mimpi. Hadirnya semangat untuk meneruskan penulisan yang akan terus merungkaikan persoalan-persoalan yang terus bermain difikiran. “REVOLUSI” perkataan yang terus terngiang-terngiang di sudut pemikiranku. Sentiasa mengingatkan aku tentang seseorang yang sangat di hormati dan namanya telah di pahat dalam sejarah dunia. Che Guevara seorang pejuang sejati yang sentiasa aku kaitkan dengan pergerakan revolusi dunia. Sehingga hari ini masih lagi menjadi ikon bagi anak-anak muda dalam pejuangan mereka.

Bermula daripada pengembaraannya di amerika selatan hinggalah di saat kematiannya di Bolivia, dunia menyaksikan betapa kentalnya susuk tubuh seorang doktor waima juga seorang pejuang yang menegakkan hak-hak asasi manusia di sepanjang perjalanan hidupnya. Aku memuji beliau bukanlah kerana kefanatikan mahupun sebagai pujaan tetapi atas dasar perjuangan beliau yang benar-benar mahukan perubahan serta keadilan. Hari ini lihat saja ahli politik yang berkobar-kobar mengatakan tentang keadilan. Walhal mereka sendiri pun belum tentu lagi mengenal erti sebenar keadilan di alam realiti ini. Sedarlah kalian, suka aku mengingatkan bahawa kita berhadapan dengan realiti bukannya virtualiti. 

Aku berkata demikian kerna apa yang aku nampak pada hari ini kebanyakannya hanyalah satu teori yang tidak di praktiskan dan menyebabkan mereka hanya tahu berkata-kata tanpa melaluinya. Aku teringin sekali mengaitkan perjuangan yang dilalui che Guevara dapat di adaptasi di Malaysia. Kerana aku merasakan sudah sampai masanya Malaysia melalui suatu era revolusi pasca kemerdekaan. Sampai bila kita hendak meredhakan penipuan pilihan raya, sampai bila kita hendak membiarkan harga barang terus melambung hingga tiada bumbungnya, sampai bila juga kita hendak membiarkan kekayaan negara ini terus dimamah oleh golongan yang rakus lagi menikus ini. Persoalan demi persoalan yang terus timbul dari hari ke hari yang sepatutnya dijawab oleh bapak-bapak menteri namun jawapan yang sama dari dulu, kini dan selamanya iaitu “kalau you tak suka, you boleh keluar dari Malaysia” , terdetik dalam hatiku mengatakan kebodohan apakah yang hendak ditunjukkan oleh si rakus lagi menikus ini.

Aku masih teringat potongan ayat buya Hamka yang agak terkenal iaitu:

kalau hidup sekedar hidup,
babi di hutan juga hidup,
kalau bekerja sekedar bekerja,
kera juga bekerja,

Dapatlah aku menyamakan ayat di atas dengan sifat bapak-bapak menteri pada hari ini. Walaubagaimanapun, manusia itu dijadikan oleh Allah SWT dan ditinggikan darjatnya sebagai khalifah. Sungguh tidak patut jika aku menyamakan mereka dengan babi mahupun kera. Fikir-fikirkanlah wahai sang khalifah . Mengimbas kembali kepada persoalan keadilan yang aku lontarkan di awal tadi, di manakah hak yang sepatutnya diterima oleh golongan fakir miskin mahupun gelandangan. Lantas membuat aku tertanya-tanya apakah baitulmal masih berfungsi selaras tujuannya diwujudkan ketika zaman awal islam dahulu? Jangan dibanggakan kutipan zakat yang kian bertambah saban tahun jika kera dihutan disusukan tetapi anak sendiri mati kelaparan. Pernah suatu ketika aku melangkah keluar dari masjid Kg Baru sejurus solat terawikh, aku telah disergah oleh seorang pemuda yang agak kegelisahan. Beliau menceritakan kepadaku bahawa beliau seorang muallaf. Ya daripada iras rupanya, beliau seorang india. Namun, hatiku agak tersentuh di saat beliau menceritakan permintaan beliau kepada pihak baitulmal ditolak. Beliau tiada tempat bergantung setelah dibuang keluarga ekoran memeluk islam. Memohon pertolongan kepada pihak baitulmal juga ditolak. Disaat itu berjujuran air matanya mengalir, aku turut bersedih dan beliau mengharapkan aku dapat memberinya sedikit wang sebagai persediaannya menghadapi 1 syawal. Aku turutkan kerna ketika itu tiada apa lagi yang dapat aku fikirkan selain ingin membantu beliau. Jauh disudut hatiku, aku merasakan yang dunia ini tidak adil dan jika benar Malaysia ini sebuah negara yang aman dan sejahtera mengapakah hal sedemikian masih lagi berlaku. Sehingga bila birokrasi perlu diteruskan bagi membantu golongan yang memerlukan. Lantas timbul persoalan dimanakah fungsi Islam itu sebagai ramatan lil alamin.

Oleh sebab itu, aku tidak sedikit pun mengkritik mahupun menolak beberapa insan yang berdiri di tanah airku jika mereka mengatakan sesuatu yang berkaitan kemanusiaan. Sedikit pujian buat golongan anak muda yang seusia dengan diriku seperti saudara Benz Ali dan teman yang bergerak membantu golongan yang terpinggir ataupun gelandangan dan sentiasa mengadakan wasilah ataupun perbincangan ilmiah yang berkaitan kemanusiaan melalui sekolah pemikiran As-Syatibi.

Sesekali aku merenungi masa-masa lalu dan cuba memikirkan apa itu sosialis. Ya, aku mengenali perkataan sosialis sejak di bangku persekolahan di dalam subjek ekonomi asas. Lalu apakah kaitannya dengan dunia ini. Kaitannya apabila terdapat penindasan ekonomi dan sekaligus mempengaruhi kemanusiaan itu sendiri. Lihat saja, rakyat miskin pasti terus dengan kemiskinan mereka apabila terdapat penindasan ekonomi yang berterusan. Mengapakah Malaysia yang dikatakan sebagai negara yang penuh dengan hasil dan sentiasa bercambah pertumbuhan ekonominya tidak dapat menaikkan gaji asas ataupun tiada dasar gaji minimum yang sesuai dengan keadaan semasa. Aku tinggal di KL, dan bagi keramaian orang pasti mereka menganggap rakyat KL mewah dan hidup senang. Masalahnya ia tidak berlaku pada keseluruhannya, bayangkan seseorang yang bekerja di KL belum tentu lagi mampu mengumpul wang menunaikan haji berbanding penduduk kampung yang barangkali mampu melakukan haji dan umrah.

Jauh disudut hatiku, aku sentiasa mengharapkan seorang cedekiawan agama yang bijak dapat memegang tampuk perintahan negara dan mengubah segalanya. Penulisan aku pastinya tidak terhenti disini kerana aku selalu memikirkan adakah pengakhiran bagi semua ini adalah revolusi bersenjata kerana bagiku secara peribadinya adalah sesuatu yang diidamkan jiwa yang berdarah muda ini. Penulisan ini adalah luahan hatiku dan tidak memerlukan sesiapa mengkritik jika tidak puas hati.


#2345

#16052014   

Friday, 20 June 2014

Koleksi video Che Guevara.

                                                             Che Guevara membaca puisi.




                                                         Ucapan Che di persidangan UN.

Che Guevara.

Che Guevara.



Ernesto Guevara de la Serna (14 Jun 1928 - 9 Oktober 1967), dikenali sebagai Che Guevara atau el Che, ialah doktor Argentina, serta juga ahli politik, penyokong Marxisme, ketua pergerakan, dan gerila sosialisme di Cuba serta juga di negara-negara lain, termasuklah Congo. Sebagai seorang pemuda yang sedang belajar perubatan, pengembaraan Guevara ke seluruh Amerika Latin menolong beliau memahami secara langsung kemiskinan yang melanda kebanyakan rakyat. Menerusi pengalaman ini, beliau menjadi semakin yakin bahawa hanya pemberontakan dapat menjadi penawar kepada ketidakseimbangan ekonomi di kawasan-kawasan yang berkenaan dan oleh itu, membawa beliau untuk mempelajari Marxisme dan terlibat dalam revolusi sosial Guatemala di bawah Presiden Jacobo Arbenz Guzmán.

Tidak lama kemudian, Guevara menjadi ahli separa tentera Fidel Castro yang merampas kuasa di Cuba pada tahun 1959. Selepas memegang pelbagai jawatan kementerian yang penting dalam kerajaan baru, termasuklah sebagai ketua penjara politik Castro, dan selepas menulis beberapa rencana dan buku mengenai teori dan amalan perang gerila, Guevara meninggalkan Cuba pada tahun 1965. Beliau berhasrat membangkitkan revolusi di Congo-Kinshasa (kemudian dinamai Republik Demokratik Congo) dan kemudian di Bolivia. Di Bolivia, beliau ditangkap dalam satu operasi ketenteraan terancang Agensi Perisikan Pusat (CIA). Guevara dihukum mati terus oleh Tentera Bolivia di La Higuera berhampiran Vallegrande pada 9 Oktober 1967 ketika berumur 39 tahun.

Selepas kematiannya, Guevara menjadi ikon pergerakan pemberontakan sosialis di seluruh dunia. Gambarnya telah disebar luas. Kolej Seni Institut Maryland menggelar gambar ini sebagai "gambar foto termasyhur di dunia dan simbol abad ke-20".


KEHIDUPAN AWAL CHE.
Ernesto Guevara de la Serna yang dilahirkan di Rosario, Argentina, beliau merupakan anak sulung di antara lima adik-beradik di dalam sebuah keluarga berketurunan campuran Sepanyol, Basque, dan Ireland. Tarikh lahirnya direkodkan dalam sijil kelahiran sebagai 14 Jun 1928, walaupun sesetengah sumber menyatakan bahawa beliau sebenarnya lahir pada 14 Mei tahun tersebut.

Salah satu moyang Guevara, Patrick Lynch, dilahirkan di Galway, Ireland pada tahun 1715, dan kemudian berpindah ke Bilbao, Sepanyol dan dari situ, menjelajah ke Argentina. Francisco Lynch (moyang Guevara) dilahirkan pada tahun 1817, dan Ana Lynch (neneknya) pada tahun 1861. Anaknya, Ernesto Guevara Lynch (bapa Guevara) pula dilahirkan pada tahun 1900. Guevara Lynch mengahwini Celia de la Serna y Llosa pada tahun 1927, dan mereka mempunyai tiga orang anak lelaki dan dua anak perempuan.

Berasal daripada sebuah keluarga kelas atas yang cenderung berhaluan kiri, Guevara telah dibimbing supaya mempunyai personaliti yang dinamik serta perspektif yang radikal sejak dari kecil lagi. Walaupun menghidapi penyakit lelah yang menjejaskan kehidupannya, beliau telah berjaya sebagai seorang olahragawan. Guevara juga pernah menjadi pemain ragbi di sebalik kecacatannya dan mendapat gelaran "Fuser" singkatan untuk gabungan kata, "El Furibundo" (bahasa Inggeris: raging) dan "Serna", nama keluarga ibunya kerana gaya bermainnya yang agresif.

Guevara belajar permainan catur daripada bapanya dan mula melibatkan diri dalam pertandingan-pertandingan tempatan sejak berumur 12 tahun. Semasa keremajaannya, beliau minat akan puisi, terutamanya oleh Pablo Neruda. Guevara, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh orang Amerika Latin dalam golongannya, turut menulis puisi pada sepanjang hayatnya. Beliau sangat gemar membaca, dengan minat yang berbeza-beza antara pengembaraan klasik oleh Jack London dan Jules Verne sehingga rencana-rencana mengenai keseksualan oleh Sigmund Freud serta falsafah masyarakat oleh Bertrand Russell. Pada akhir keremajaannya, Guevara membentuk minat mendalam dalam seni foto dan menghabiskan banyak masa untuk mengambil gambar orang, tempat, dan semasa pengembaraannya yang kemudian, tapak arkeologi.

Pada tahun 1948, Guevara menyertai Universiti Buenos Aires untuk mempelajari bidang perubatan dan selepas beberapa gangguan, menghabiskan pembelajarannya pada bulan Mac 1953. Walaupun demikian, beliau tidak menjalankan latihan klinikalnya yang diperlukan untuk menjalankan praktik kedoktoran. Oleh itu, beliau merupakan seorang "médico" yang bukannya "doctor en medicina."

Sebagai pelajar, Guevara menghabiskan banyak masa untuk mengembara mengelilingi Amerika Latin. Pada tahun 1951, Alberto Granado, rakannya yang seorang ahli biokimia, mencadangkan agar Guevara bercuti setahun daripada kursus perubatannya supaya mengembara di Amerika Selatan, sebagaimana yang telah dibincangkan selama bertahun-tahun. Guevara dan Granado yang berusia 29 tahun ketika itu berlepas dari bandar asal mereka di Alta Gracia dengan menunggang motosikal Norton 500 cc 1939 yang dinamai mereka sebagai La Poderosa II (bahasa Inggeris: "the Mighty One, the Second"). Mereka merancang untuk menghabiskan beberapa minggu membuat kerja sukarela di perkampungan pesakit kusta San Pablo di Peru yang terletak di kawasan pinggir Sungai Amazon. Guevara mengisahkan pengembaraannya dalam karya “Diari-diari Motosikal” yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1996 dan dijadikan sebuah filem dengan nama yang sama pada tahun 2004.

Menyaksikan kemiskinan, penindasan dan ketiadaan hak mengundi di seluruh Amerika Latin serta dipengaruhi oleh buku-buku Marxisme, Guevara memutuskan bahawa satu-satunya cara untuk mengatasi ketidaksamaan wilayah itu ialah melalui pemberontakan bersenjata. Perjalanan dan pembacaannya telah menyebabkan Guevara berpendirian bahawa Amerika Latin bukannya sekumpulan negara yang berasingan tetapi sebuah entiti tunggal yang memerlukan suatu strategi kebenuaan untuk pembebasannya. Tanggapannya terhadap sebuah Ibero-Amerika bersatu tanpa sempadan yang berkongsi kebudayaan 'mestizo' merupakan suatu tema berulangan yang ketara pada tempoh-tempoh kegiatan pemberontakannya yang kemudian. Sebaik sahaja Guevara pulang ke Argentina, beliau mempercepatkan penyiapan kursus perubatannya supaya dapat menyambung semula perjalanannya di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Beliau menerima diplomanya pada 12 Jun 1953.


PERMULAAN PERJUANGAN.
Selepas tamat belajar dari sekolah perubatan Universiti Buenos Aires pada tahun 1953, Guevara mengembara melalui Bolivia, Peru, Ecuador, Panama, Costa Rica, Nicaragua, Honduras, dan El Salvador, sebelum akhirnya sampai ke Guatemala di mana Presiden Jacobo Arbenz Guzmán memimpin kerajaan populis yang, melalui pelbagai pembaharuan, terutamanya pembaharuan tanah, cuba mengembalikan revolusi sosial. Ketika masa ini Guevara mendapat nama gelarannya, "Che", disebabkan sering menggunakan kata Argentina Che (disebut /tʃe/), digunakan sama seperti "hey", "kawan" atau "sahabat" dan digunakan secara basahan dipelbagai negara penutur Inggeris. Uruguay, Paraguay, dan Argentina adalah negara yang menggunakan perkataan ini, menjadikannya tanda niaga kawasan Rioplatense.

Merujuk kepada Jon Anderson, orang penghubung utama di Guatemala adalah seorang sosialis Hilda Gadea, yang telah mengenalkan Guevara kepada orang kabinet peringkat tertinggi dalam kerajaan Arbenz. Hilda merupakan seorang ahli Persekutuan Revolusi Amerika Popular atau (American Popular Revolutionary Alliance) (APRA), sebuah pergerakan politik yang diketuai oleh Víctor Raúl Haya de la Torre. Beliau juga telah membuat hubungan dengan orang buangan Cuba yang ada pertalian dengan Castro, termasuklah Antonio "Ñico" López, yang dikaitkan dengan serangan ke atas berek "Carlos Manuel de Céspedes" di Bayamo dalam provinsi Oriente, Cuba dan orang yang mungkin mati di jambatan Ojo del Toro seketika lepas Granma mendarat di Cuba. Guevara menggabungkan "moncadistas" dalam penjualan barangan agama yang berkaitan dengan Black Christ, dan beliau juga telah menolong dua orang pakar malaria Venezuela. Keadaan ekonomi adalah merumitkan, dan beliau telah menggadaikan barang kemas Hilda. Kemudian, pada 15 Mei, 1954, satu barangan infantri Skoda berkualiti tinggi dan senjata artileri ringan telah dihantar daripada negara komunis Czechoslovakia untuk kerajaan Arbenz telah tiba di atas kapal Sweden Alfhem. Bilangan senjata yang dianggarkan sampai adalah kira-kira 2000 ton oleh CIA dan cukup mencurigakan 2 tan oleh Jon Lee Anderson. “(Anderson's tonnage estimate is thought to be a typo due to how few scholarly sources support it.) Guevara briefly left Guatemala for El Salvador to pick up a new visa, then returned to Guatemala. Meanwhile, the CIA-sponsored coup attempt led by Carlos Castillo Armas had begun.[11] The anti-Arbenz forces were unable to stop the trans-shipment of the Czech weapons by train; however, after recovering energy, and apparently with the help of air support, they started to gain ground” (Holland, 2005).

Guevara menyertai sepasukan tentera awam bersenjata yang dikendalikan oleh Belia Komunis untuk beberapa hari, tetapi kemudian kembali kepada tugas-tugas perubatannya. Selepas rampasan kuasa, Guevara bersukarela untuk bertempur, akan tetapi Arbenz menyuruh semua penyokong asing supaya meninggalkan negara itu. Selepas Gadea ditangkap, beliau melindungi diri di konsulat Argentina dan kemudian berpindah ke Mexico.

Penggulingan kerajaan Arbenz oleh sebuah rampasan kuasa yang dibantu oleh Agensi Perisikan Pusat mengukuhkan pandangan Guevara bahawa Amerika Syarikat merupakan sebuah kuasa imperialis yang secara tekal akan menentang sebarang kerajaan yang mencuba menangani ketaksamaan sosioekonomi yang endemik di negara-negara Amerika Latin serta negara-negara membangun yang lain. Ini mengukuhkan lagi keyakinannya bahawa sosialisme melalui perjuangan bersenjata yang dipertahankan oleh para penduduk bersenjata merupakan satu-satunya cara untuk membaiki masalah-masalah tersebut.

Hasta la victoria siempre!
Patria o muerte!


*sumber wikipedia.

Thursday, 29 May 2014

Kemangkatan Sultan Perak.

Rabu, 28 Mei 2014, negara kita sekali lagi dikejutkan dengan berita kemangkatan Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah ketika baginda berusia 86 tahun. Baginda meninggalkan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, seorang putera, Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Aleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia. Anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah mangkat pada 30 Mac 2012.

Rasanya baru sahaja seminggu sudah pemergian Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah. Semoga roh baginda sekalian ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 

insyaallah.

Sultan Azlan Shah.

Sultan Azlan Shah ketika berusia 21.

Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah

Al Fatihah....



Piala Thomas 2014.

Tiada rezeki, tak de ong, not the lucky day, antara ungkapan yang sering kedengaran ketika ini sejurus tamat perlawanan badminton Piala Thomas pada malam tadi. Permainan yang berkesudahan dengan kekalahan bagi skuad Negara apabila kecundang 2-3 kepada Jepun. Walaubagaimanapun, pujian harus jua diberikan kepada mereka kerana kekalahan yang boleh dikatakan sebagai bermaruah bagi segelintir peminat dan beberapa sinaran bakat pemain muda di peringkat ini. Dalam pada itu, tidak salah kiranya saya sendiri mengucapkan setinggi ucapan serta kalungan takziah buat BAM yang terus hampeh dan haprak. Bagi peminat tanah air khususnya, mereka menginginkan pihak BAM mencari pelapis bagi meneruskan perjuangan skuad badminton negara di peringkat antarabangsa serta memperkemaskan pentadbiran BAM itu sendiri. Kita tidak mahu suatu hari nanti lebih ramai pemain yang berbakat seperti Misbun Ramdan, Arif latiff, Zulfadhli serta yang lain terus menerus meninggalkan BAM dan ketika itu negara ketandusan pemain yang berbakat seperti mereka.


Harapan kami sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik supaya piala Thomas dapat dirampas semuala suatu hari nanti.

 Insyaallah.




Aksi skuad piala Thomas negara di India.

Sunday, 25 May 2014

Bismillah....

ketika ini berusia 21 tahun.
Selawat dan salam kepada junjungan besar baginda SAW. Ahli keluarga baginda yang dirahmati dan diberkati. Golongan ahlul bait yang masih lagi hidup pada hari untuk meneruskan penyebaran agama Islam mulia dan suci ini. Para tabi’ tabi’in. Para pendakwah serta penyebar agama Islam yang istiqamah dalam perjuangan kalian. Kepada sekalian guru yang pernah mengajarku, semoga ilmu yang diberikan sentiasa diamalkan. Seterusnya ibu bapaku yang mengasuhku, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Sahabat-sahabat yang mengenali diri ini atau tidak, semoga ikatan persahabatan itu kekal hingga ke akhirnya dan merupakan ikatan yang dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Diberi nama Faridd Mirzan Bin Norizainan. Dilahirkan pada 1 januari 1993 bersamaan dengan 7 rejab 1413 Hijriah iaitu pada jam 11.45 malam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor. Merupakan putera pertama daripada dua beradik. Adikku merupakan seorang puteri yang dilahirkan pada 5 september 1997 dan dinamakan Farhah Faqihah Binti Norizainan.

Siapalah diri ini tanpa tangan yang mengasuhku sejak kecil hingga dapat mengenal sedikit sebanyak tentang kehidupan pada hari ini. Kasih dan sayang tidak terhingga serta ribuan terima kasih yang tidak terucap kerana sudi mengasuh serta mencurahkan tenaga demi anakmu yang sangat menyayangi kalian berdua. Ayahku Norizainan Bin Johari dan ibuku yang lebih mesra dengan panggilan manjaku mama, Zaharah Binti Marjuki. Kepada Allah ku panjatkan kesyukuran kerna dikurniakan ibu bapa seperti kalian. 

Aku bukanlah sesiapa mahupun sesiapa. Aku hanyalah aku yang terus mengembara di bumi Allah SWT ini. Perjalanan ini tidak akan terhenti meskipun suatu hari nanti kudratku tidak seperti hari ini. Ilmu itu suatu kewajipan. Kewajipan menuntut ilmu bermula sejakku berumur lima tahun apabila ibubapa menempatkanku di pra tadika Al Tijarah dan tadika enam tahun di tempat yang sama. Pengajian diteruskan ke Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru ketika mencecah umur tujuh tahun sehinggalah umur dua belas tahun. Maka, dengan itu aku mula merangkak keluar dari kepompong rutinku untuk mencari apa yang dinamakan ilmu. Pengembaraanku bermula apabila waktu dan ketikanya aku melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur di Bandar Menjalara,Kepong.

Alhamdulillah, di sini aku ditempatkan di asrama dan sekaligus mengajar aku erti berdikari serta kehidupan bermasyarakat, bersahabat serta hormat-menghormati. Di saat ini, ilmu keagamaan terpahat dijiwa. Apa itu Islam? Apa itu bahasa arab? Apa itu Syariah? Ya Allah sungguh besar nikmat yang engkau kurniakan kepada hambamu yang hina ni. Betapa bersyukurnya aku apabila dapat mengenal agamaku sendiri. Sesungguhnya aku sangat bersyukur atas nikmatmu yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam. Ketika ini juga permasalahan antara mazhab serta pendapat antara imam dapatku telaah dengan baik.

Dari Kepong, aku ke utara menyambung pengajian dalam bidang perakaunan di Kolej Matrikulasi Perlis. Perlis bagiku merupakan sebuah kawasan serta persekitaran yang baru dari segi makanannya, budayanya serta yang ketara adalah loghatnya. Di situ, aku dapat berkenalan dengan rakan dari pelbagai negeri. Dan teman sebilikku semuanya adalah dari Kelantan. Secara tidak langsung, terlatihlah lidahku dengan dialek-dialek pantai timur. Terima kasihku ucapkan kepada sahabat sebilikku iaitu Mat, Din dan Man. Walaupun pertama kalinya agak kekok, lama-kelamaan aku dapat memahaminya dengan baik.

Setelah itu, aku melanjutkan pengajianku ke Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan kepujian selama empat tahun. Di sini, aku cuba mengambil sebanyak mungkin ilmu yang diberikan. Muamalat bagiku merupakan sesuatu yang agak besar kerana hampir setiap daripada perbuatan kita adalah berdasarkan muamalat iaitu perhubungan kita dengan orang lain. Oleh itu, sebagai seorang muslim aku ingin mendalami bidang ini dengan sebaiknya. Semoga suatu hari nanti dapat ku lanjutkan di bidang sarjana serta doktor falsafah. Semoga doa kalian sentiasa mengiringiku ke akhir hayat.


Jazakallahu khairan kathira….