Tuesday, 1 December 2015

Kaedah Penyelesaian Masalah.

Masalah boleh di sama ertikan dengan kesulitan, kerumitan, kesukaran, dan kemusykilan. Dan jika masalah ini dibiarkan berlarutan ia akan menjadi suatu isu yang lebih besar diperdebatkan. Oleh itu, sebelum ia merebak seharusnya masalah tersebut dirawat secepatnya.
Sifat penyelesaian masalah:

   1.    Motivasi yang kuat.
-sentiasa bersikap positif dalam melakukan sesuatu dan mempunyai semangat yang tinggi serta tidak cepat putus asa. Mereka ini seperti dapat merasakan pendorong yang kuat dalam meneruskan usaha mereka.

   2.   Trait yang positif.
-mempunyai keperibadian yang baik dan dapat mengawal emosi diri dalam menyelesaikan masalah. Mereka mestilah cerdik dan pintar serta tidak jemu untuk terus menyelesaikannya di mana mereka ini mempunyai jiwa yang kental sepanjang penyelesaian itu.

   3.    Jati diri.
-tahu akan kebolehan diri dan tahu sejauh mana batas diri. Tidak mudah terikut-ikut kerana ada prinsip yang sukar dicalarkan.

   4.   Membina kemahiran.
-mempunyai pelbagai teknik atau cara dalam menyelesaikan sesuatu perkara supaya terdapat kepelbagaian. Terdapat juga model penyelesaian enam langkah(chang dan Kelly, 1993) dan lapan langkah(francis, 1990).

Kategori Masalah.
Terdapat pelbagai jenis masalah dan ianya perlu di kategorikan kerana setiap satunya adalah berbeza dan cara penyelesaiannya juga turut berbeda.

1)      Misteri.
-merupakan suatu keadaan yang menyeleweng daripada kebiasaan dan tidak terdapat penjelasan yang nyata mengapa ianya berlaku.

2)      Tugasan (Assignment).
-suatu kerja yang diberi untuk disempurnakan. Melibatkan teknik tertentu dalam mencapai objektif tugasan tersebut.

3)      Kesukaran (Difficulties).
-adalah satu perkara yang agak sukar dicapai kerana kekurangan sumber menjayakannya ataupun untuk menggapainya terdapat beberapa halangan yang perlu ditempuhi.


4)      Peluang (Opportunities).
-peluang bakal membawa keuntungan. Oleh itu, gunakan setiap peluang yang ada dengan sebaiknya.

5)      Tidak Pasti (Puzzles).
-kita tidak pasti sama ada jawapan tersebut betul atau salah dan ianya sangat kompleks untuk diselesaikan.

6)      Dilema.
-terdapat pilihan dimana setiap pilihan tersebut hampir tepat dan amat rumit ketika hendak memilih di antara satunya.


Model Penyelesaian Masalah Secara Saintifik Dan Logik.

   1.  Mendefinisikan masalah.
-kita cuba memahami masalah tersebut dengan baik.

   2.  Mengkelaskan masalah.
-meletakkan masalah mengikut keutamaan kesukaran dan kesenangan.

   3.  Tentukan objektif.
-meletakkan satu tujuan yang perlu dicapai jika dapat selesaikannya.

   4.   Tentukan ukuran kejayaan.
-mengadakan satu ukuran atau piawaian yang standard supaya kejayaan tersebut dapat dinilai.

   5.   Kutipan data.
-mengumpul sumber-sumber maklumat yang berkaitan dengan masalah supaya dapat dijadikan sebagai sumber rujukan penyelesaian.

   6.   Membuat keputusan.
-mencari pendekatan yang terbaik untuk dilaksanakan dalam menyelesaikan masalah tersebut.

   7.   Melaksanakan keputusan yang diambil.
-teruskan dengan keputusan yang dipilih dan laksanakan sebaiknya.

   8.   Penilaian.
-mengenal pasti semula kelebihan dan kekurangan berdasarkan keputusan yang dibuat dan menambah baik di masa hadapan.


Penyelesaian Masalah Secara Saintifik.
    ·        Mengadakan hipotesis.
    ·        Mengumpul maklumat.
    ·        Membuat kesimpulan.


Penyelesaian Masalah Secara Kreatif/Lateral.
Mempunyai ciri-ciri yang berikut:
                     I.  Tidak bersifat kritikal, penjanaan idea baru lebih bebas tanpa mempedulikan ianya betul atau salah.
                   II     Tidak perlu menganalisis kerana ianya bukan bersifat analitikal.
                 III.   Bersifat generatif dan inovatif iaitu menerbitkan perubahan tanpa diikat oleh logik sebab dan akibat. Terdapat kaedah enam topi berfikir yang ditulis oleh Edward de Bono iaitu:

  Ø  Topi hijau.
-sebagai lambang kesuburan dan kekreatifan idea yang pelbagai pada permulaannya.

  Ø  Topi kuning.
-pemikiran positif dan konstruktif, untuk melihat segi-segi faedah dan kebaikan pada setiap idea.

  Ø  Topi putih.
-pemikiran yang objektif, mencari fakta dan maklumat tanpa sebarang emosi dan prejudis.

  Ø  Topi hitam.
-pemikiran negatif dan kritikal, bertujuan mencari unsur keburukan dan kesalahan sesuatu idea.

  Ø  Topi merah.
-pemikiran emotif, mengambil kira perasaan dan gerak hati seseorang yang suka atau tidak kepada idea tertentu.

  Ø  Topi biru.
-sebagai ketua, mengawal topi-topi yang lain.


Penyelesaian Masalah Melalui Perasaan.
Merupakan kaedah yang menggunakan pendekatan emosi, berasaskan konsep kecerdasan EQ (Emotional Intellegence) yang diguna oleh Peter Salovey dari Universiti Havard pada tahun 1990. Kaedah ini menekankan sahsiah seseorang menghadapi keadaan tertentu. Terdapat lima domain utama iaitu:
   1.      Kebolehan mengetahui emosi sendiri.
   2.      Kebolehan dalam pengurusan emosi.
   3.      Kebolehan meningkatkan motivasi.
   4.      Kebolehan mengenal emosi orang lain.
   5.      Kebolehan menjalin persaudaraan.


Penyelesaian Secara Islam.

  Ø Pendekatan hukum.
-pendekatan berdasarkan hukum yang jelas dalam Al-Quran dan Hadis. Sebagai seorang muslim, mesti wajib dan patuh terhadap hukum tersebut. Namun terdapat pengecualian jika:
·         Darurat
·         Penyakit
·         Gila
·         Pengsan
·         Usia tua
·         Cacat mental

  Ø  Pendekatan sufi.

-sufi menggunakan pendekatan spiritual iaitu melalui kerohanian dan pembersihan jiwa (tazkiyatun nafs). Mempunyai pendekatan melalui 3 kefahaman iaitu hakikat masalah, sebab masalah dan kaedah penyelesaian. Dan cara ini hanyalah dengan pimpinan seorang guru yang murshid.



Bab 9

#dedikasi khas buat guru sains pemikiran dan etikaku Dr Ahmad Sahidah :)

Sunday, 22 November 2015

Kepadamu kekasih.

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini

#m.nasir #kepadamukekasih


“Apakah Kau akan menerima penyerahan ini”.


Diantara bait-bait lagu yang dinyanyikan M. Nasir di dalam lagunya yang berjudul kepadamu kekasih. Entah mengapa jika dihayati dengan teliti, liriknya bakal meruntun jiwa ini. Terbayang akan dosa-dosa yang sering dilakukan dan terasa amatlah hina di sisi-Nya. Setiap lirik yang dilantunkan mempunyai maksud yang mendalam sebagai seorang hamba yang mengharapkan pengampunannya diterima. Ada masanya hati ini terasa amat merindukan-Nya. Ampunkanlah segala dosaku ya Tuhan. Hambamu masih tercari-cari hakikat sebenar akan hidup ini. Jadikanlah amalan solehku sebagai wasilah hatiku sentiasa terasa dekat denganmu. Dikaulah sebenar-benar kekasih. Allahu.

Monday, 16 November 2015

Langkawi \(^^)/

Alhamdulillah....
Segala pujian hanyalah layak baginya pencipta sekalian alam...
Pada 5-7 november bulan ini, saya telah mengikuti sebuah program anjuran CUIC UUM di langkawi. Sebut sahaja langkawi, pasti terbayangkan helang, coklat dan pantainya yang indah. Program tersebut berkenaan dengan penerokaan pasaran baru berkenaan dengan industri pelancongan yang berada di pulau tersebut. Selain itu, ianya merupakan sebuah jalinan usahasama antara UUM dengan pihak PANORAMA. Pelbagai aktiviti yang kami lakukan dan sangat mengujakan apabila rombongan kami diberi peluang menaiki kereta kabel di gunung Machincang. Semoga kami dapat mengambil manfaat daripada program tersebut. Wallahua'lam....


                                                    Pemandangan dari kediaman kami.


                                          Aktiviti pembentangan berkenaan bidang perniagaan
                                                     yang boleh diterokai di langkawi.



                                          Pengalaman di muzium 3D dan merupakan muzium
                                                        3D yang kedua terbesar didunia.


                                             Ketika berada di skywalk, cuaca sangat sejuk
                                                                      dan mengujakan.


                                                                      Kilim Geoforest.


                                                    Buah anggur yang terdapat di MARDI
                                                                            Agropark.

Sunday, 15 November 2015

Takaful Career Development Program 2015

Alhamdulillah...
Pada 29-31 oktober yang lepas telah berlangsungnya Takaful Career Development Program (TCDP) di holiday villa, Alor Setar. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam tersebut telah memberikan saya dan rakan-rakan pelbagai input berkenaan industri takaful khususnya Etiqa Takaful. Di sini kami didedahkan dengan cara perlaksanaan berkenaan dengan produk hinggalah kepada pengoperasiannya. Selain itu, kami juga diberi taklimat berkenaan dengan Takaful Basic Exam atau panggilannya TBE iaitu peperiksaan asas takaful. Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Encik Nadgarajan yang mana beliau merupakan salah seorang staf di Etiqa Takaful. Melalui program ini, secara tidak langsung dapatlah membuka mata kami berkenaan bidang takaful dan tidak mustahil andai suatu hari menjadi profesion pada diri ini. Wallahua'lam...

                                               kenangan bersama Encik Nadgarajan.

Sunday, 25 October 2015

konvo uum :)

first time aku rasa duduk dalam dewan tengok orang konvo..pada aku memang menarik kerana selain dari tengok para siswazah terima segulung ijazah, kami para tetamu juga dihidangkan dengan alunan muzik yang pelbagai terdiri daripada caklempong, gamelan, brass band, dan juga orkestra..alunan dapat dinikmati secara terus dan bersahaja..aku juga turut kagum melihat keberangkatan tiba tengku intan shafinaz selaku canselor uum bersama para kerabatnya, turut mengiringi ialah barisan pentadbir universiti serta sekalian pensyarah..kelihatan tangisan kegembiraan para siswazah apabila meraih apa yang mereka idamkan selama ini..semoga kalian terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi :)

p/s: tahniah dayah dan mulin..tahun depan kami pulak :D

Monday, 19 October 2015

Nasi arab UUM

semalam aku dengan kawan pergi lah mencuba kedai baru..
kedai nasi arab khabarnya,lokasinya depan uum sintok, x jauhlah dengan tempat tinggal kami..
aku order nasi dengan ayam separuh..rasa boleh tahan, siap hidang dengan sup kambing dan sambal cili..pehhhhhhh, rase sup kambing dia memang baik la..harga pon takat rm18..ok la kan
yang penting sodap \^o^/

Friday, 16 October 2015

Game start!!!

hehehe
game start!!..maknanya esaimen pon bermula beb \(╯-╰)/
lama kan aku x update blog ni..so, kita start cerita malam ni dengan esaimen..haha
bukan apa..sem lepas x sempat langsung nak gatal2 tangan nak update..nak kata bz xde la sangat..tp MALASSS ~^o^~

p/s: mood esaimen x sampai lagi..hoho

Tuesday, 17 March 2015

Kipas baru :)

Salam sume :)
Haaa..aku ade kipas baru..haha
Cume kipas usb je tp ok la..not bad
Rase gak la sejuk die tuu
Hahaha
Walaupon x mcm kipas dinding tu..ni kire padan la dgn saiznya
K lah..t aku tambah cite len plak
Bye^^

Tuesday, 10 March 2015

Fuhhhh:o

Fuhhhh...lame x menulis :) ..bz sket..cewaahhh..hehe
Insyaallah pasni akan selalu menulis..tu pun kalau rajin tp kene la rajin kan..huhu
Hari ni sedih sikit..x tau nape..hmm
Aku ni kadang2 punca masalah
Tu yg aku rasa
Susah kan bile org yg baik ngan kite pon x paham kita
Haihhh :(
X pe la kot rasanya sbb hati manusia memang gitu
So,kesimpulannya kalau ada masalah cepat2 berdoa
Tu je penyelesaiannya ;)

Monday, 9 February 2015

pendosa...


Wahai sang pencipta,
Sayu hatiku kala mendengar qasidah memujimu,
Ujian yang kau berikan membuatkanku tersungkur merinduimu Ya Allah,
Betapa lemahnya diriku,      
Dekatkanlah diriku denganmu Ya Allah,
Insan sepertiku hanyalah hambamu yang lemah,
Kaulah penguatku,
Kuatku keranamu,
Sungguh rinduku padamu tidak dibendung lagi,
Tuntunlah diriku ini,

Kerna ku hanya seorang pendosa.

Wednesday, 14 January 2015