Tiada rezeki, tak de
ong, not the lucky day, antara ungkapan yang sering kedengaran ketika ini
sejurus tamat perlawanan badminton Piala Thomas pada malam tadi. Permainan yang
berkesudahan dengan kekalahan bagi skuad Negara apabila kecundang 2-3 kepada
Jepun. Walaubagaimanapun, pujian harus jua diberikan kepada mereka kerana
kekalahan yang boleh dikatakan sebagai bermaruah bagi segelintir peminat dan
beberapa sinaran bakat pemain muda di peringkat ini. Dalam pada itu, tidak
salah kiranya saya sendiri mengucapkan setinggi ucapan serta kalungan takziah
buat BAM yang terus hampeh dan haprak. Bagi peminat tanah air khususnya, mereka
menginginkan pihak BAM mencari pelapis bagi meneruskan perjuangan skuad
badminton negara di peringkat antarabangsa serta memperkemaskan pentadbiran BAM
itu sendiri. Kita tidak mahu suatu hari nanti lebih ramai pemain yang berbakat
seperti Misbun Ramdan, Arif latiff, Zulfadhli serta yang lain terus menerus
meninggalkan BAM dan ketika itu negara ketandusan pemain yang berbakat seperti
mereka.
Harapan kami sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik
supaya piala Thomas dapat dirampas semuala suatu hari nanti.
Insyaallah.
![]() |
| Aksi skuad piala Thomas negara di India. |

No comments:
Post a Comment