Tuesday, 1 December 2015

Kaedah Penyelesaian Masalah.

Masalah boleh di sama ertikan dengan kesulitan, kerumitan, kesukaran, dan kemusykilan. Dan jika masalah ini dibiarkan berlarutan ia akan menjadi suatu isu yang lebih besar diperdebatkan. Oleh itu, sebelum ia merebak seharusnya masalah tersebut dirawat secepatnya.
Sifat penyelesaian masalah:

   1.    Motivasi yang kuat.
-sentiasa bersikap positif dalam melakukan sesuatu dan mempunyai semangat yang tinggi serta tidak cepat putus asa. Mereka ini seperti dapat merasakan pendorong yang kuat dalam meneruskan usaha mereka.

   2.   Trait yang positif.
-mempunyai keperibadian yang baik dan dapat mengawal emosi diri dalam menyelesaikan masalah. Mereka mestilah cerdik dan pintar serta tidak jemu untuk terus menyelesaikannya di mana mereka ini mempunyai jiwa yang kental sepanjang penyelesaian itu.

   3.    Jati diri.
-tahu akan kebolehan diri dan tahu sejauh mana batas diri. Tidak mudah terikut-ikut kerana ada prinsip yang sukar dicalarkan.

   4.   Membina kemahiran.
-mempunyai pelbagai teknik atau cara dalam menyelesaikan sesuatu perkara supaya terdapat kepelbagaian. Terdapat juga model penyelesaian enam langkah(chang dan Kelly, 1993) dan lapan langkah(francis, 1990).

Kategori Masalah.
Terdapat pelbagai jenis masalah dan ianya perlu di kategorikan kerana setiap satunya adalah berbeza dan cara penyelesaiannya juga turut berbeda.

1)      Misteri.
-merupakan suatu keadaan yang menyeleweng daripada kebiasaan dan tidak terdapat penjelasan yang nyata mengapa ianya berlaku.

2)      Tugasan (Assignment).
-suatu kerja yang diberi untuk disempurnakan. Melibatkan teknik tertentu dalam mencapai objektif tugasan tersebut.

3)      Kesukaran (Difficulties).
-adalah satu perkara yang agak sukar dicapai kerana kekurangan sumber menjayakannya ataupun untuk menggapainya terdapat beberapa halangan yang perlu ditempuhi.


4)      Peluang (Opportunities).
-peluang bakal membawa keuntungan. Oleh itu, gunakan setiap peluang yang ada dengan sebaiknya.

5)      Tidak Pasti (Puzzles).
-kita tidak pasti sama ada jawapan tersebut betul atau salah dan ianya sangat kompleks untuk diselesaikan.

6)      Dilema.
-terdapat pilihan dimana setiap pilihan tersebut hampir tepat dan amat rumit ketika hendak memilih di antara satunya.


Model Penyelesaian Masalah Secara Saintifik Dan Logik.

   1.  Mendefinisikan masalah.
-kita cuba memahami masalah tersebut dengan baik.

   2.  Mengkelaskan masalah.
-meletakkan masalah mengikut keutamaan kesukaran dan kesenangan.

   3.  Tentukan objektif.
-meletakkan satu tujuan yang perlu dicapai jika dapat selesaikannya.

   4.   Tentukan ukuran kejayaan.
-mengadakan satu ukuran atau piawaian yang standard supaya kejayaan tersebut dapat dinilai.

   5.   Kutipan data.
-mengumpul sumber-sumber maklumat yang berkaitan dengan masalah supaya dapat dijadikan sebagai sumber rujukan penyelesaian.

   6.   Membuat keputusan.
-mencari pendekatan yang terbaik untuk dilaksanakan dalam menyelesaikan masalah tersebut.

   7.   Melaksanakan keputusan yang diambil.
-teruskan dengan keputusan yang dipilih dan laksanakan sebaiknya.

   8.   Penilaian.
-mengenal pasti semula kelebihan dan kekurangan berdasarkan keputusan yang dibuat dan menambah baik di masa hadapan.


Penyelesaian Masalah Secara Saintifik.
    ·        Mengadakan hipotesis.
    ·        Mengumpul maklumat.
    ·        Membuat kesimpulan.


Penyelesaian Masalah Secara Kreatif/Lateral.
Mempunyai ciri-ciri yang berikut:
                     I.  Tidak bersifat kritikal, penjanaan idea baru lebih bebas tanpa mempedulikan ianya betul atau salah.
                   II     Tidak perlu menganalisis kerana ianya bukan bersifat analitikal.
                 III.   Bersifat generatif dan inovatif iaitu menerbitkan perubahan tanpa diikat oleh logik sebab dan akibat. Terdapat kaedah enam topi berfikir yang ditulis oleh Edward de Bono iaitu:

  Ø  Topi hijau.
-sebagai lambang kesuburan dan kekreatifan idea yang pelbagai pada permulaannya.

  Ø  Topi kuning.
-pemikiran positif dan konstruktif, untuk melihat segi-segi faedah dan kebaikan pada setiap idea.

  Ø  Topi putih.
-pemikiran yang objektif, mencari fakta dan maklumat tanpa sebarang emosi dan prejudis.

  Ø  Topi hitam.
-pemikiran negatif dan kritikal, bertujuan mencari unsur keburukan dan kesalahan sesuatu idea.

  Ø  Topi merah.
-pemikiran emotif, mengambil kira perasaan dan gerak hati seseorang yang suka atau tidak kepada idea tertentu.

  Ø  Topi biru.
-sebagai ketua, mengawal topi-topi yang lain.


Penyelesaian Masalah Melalui Perasaan.
Merupakan kaedah yang menggunakan pendekatan emosi, berasaskan konsep kecerdasan EQ (Emotional Intellegence) yang diguna oleh Peter Salovey dari Universiti Havard pada tahun 1990. Kaedah ini menekankan sahsiah seseorang menghadapi keadaan tertentu. Terdapat lima domain utama iaitu:
   1.      Kebolehan mengetahui emosi sendiri.
   2.      Kebolehan dalam pengurusan emosi.
   3.      Kebolehan meningkatkan motivasi.
   4.      Kebolehan mengenal emosi orang lain.
   5.      Kebolehan menjalin persaudaraan.


Penyelesaian Secara Islam.

  Ø Pendekatan hukum.
-pendekatan berdasarkan hukum yang jelas dalam Al-Quran dan Hadis. Sebagai seorang muslim, mesti wajib dan patuh terhadap hukum tersebut. Namun terdapat pengecualian jika:
·         Darurat
·         Penyakit
·         Gila
·         Pengsan
·         Usia tua
·         Cacat mental

  Ø  Pendekatan sufi.

-sufi menggunakan pendekatan spiritual iaitu melalui kerohanian dan pembersihan jiwa (tazkiyatun nafs). Mempunyai pendekatan melalui 3 kefahaman iaitu hakikat masalah, sebab masalah dan kaedah penyelesaian. Dan cara ini hanyalah dengan pimpinan seorang guru yang murshid.



Bab 9

#dedikasi khas buat guru sains pemikiran dan etikaku Dr Ahmad Sahidah :)

No comments:

Post a Comment