Hatiku terpanggil
untuk menyatakan rasa yang meronta-ronta. Duhai Palestin, nasibmu tetap
diratapi. Namun, apalah daya bagi insan yang kerdil ini untuk berjuang
bersamamu melainkan doa yang ku titipkan. Pabila berbicara mengenaimu, tiada
apa yang dapat ku pikirkan melainkan nasib rakyatmu yang terus menderita
meskipun syahid itulah yang terus diburu oleh pejuang-pejuangmu yang terus
menerus menghidu keharuman jannatul firdaus itu. Baru-baru ini dunia
digemparkan dengan serangan bertalu-talu dari pihak rejim zionis laknatullah
ketika mana keindahan serta kemuliaan Ramadhan itu sendiri dicabuli dengan
rakusnya sehingga mengorbankan ramai penduduk palestin itu sendiri. Saban kali
Ramadhan tiba, inilah antara kekejaman yang sering dilakukan oleh Israel
laknatullah.
Di sebalik serangan
tersebut, aku tertarik dengan tindak balas roket pejuang briged Al Qassam yang
ternyata memberi impak kepada Israel. Kebanyakan daripada roket tersebut telah
meletus di Tel Aviv dan tidak semena-menanya siren kecemasan pihak Israel
berbunyi. Sungguhpun begitu, keupayaan roket J80 yang aku maksudkan ialah
kehebatannya mengelak sistem pertahanan Israel iaitu Iron Dome. Untuk
pengetahuan pembaca semua, Iron Dome merupakan sebuah sistem yang digunakan
bagi memintas roket-roket yang datang ke Israel hasil daripada serangan pihak
Palestin. Tapi apalah kehebatan manusia kalau di bandingkan dengan pejuangan
yang di tolong Allah SWT dalam menegakkan syiarnya.
Percayalah saudara
mahupun saudari sekalian, doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.
"Doa
adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit
dan bumi".
(HR Hakim)
Sebagai seorang yang
mengucapkan kalimah syahadah pastinya tidak melupakan saudara seislamnya
meskipun bukan di tanah airnya sendiri. Oleh itu, utuskanlah doamu kerana Allah
SWT itu maha mendengar rintihan hambanya. Mungkin ini adalah ujian dari Nya
untuk melihat sejauh mana kecaknaan hambanya terhadap saudara seislamnya. Tidak
perlulah kita mengharapkan bantuan bangsawan-bangsawan mahupun pemerintah dari negara
Arab itu sendiri. Mata mereka hanya dikaburi harta mahupun wang berbilion yang
melimpah ruah.
Percayalah bahawa Islam
itu pasti bangkit!!
#0010
#140714

No comments:
Post a Comment